Friday, 11 November 2011

rahsia disebalik Al-mulk



Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:

"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."

Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."

2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."

3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."

4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."

5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.

6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."





google's property


7. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."

8. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."

9. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."

10. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."

11. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."

12. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."
Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk.



jom amalkan.. :)

bangkit semula ^^



"ya Allah betul ke ni??" tu lah ungkapan yang terluah dari hati lepas buka portal uia.. perlahan-lahan air mata menitis.. sedihnya.. malam tu memang tak boleh tidur, menangis teresak-esak sampai tak boleh bernafas sebab hidung tersumbat teruk.. esokya mata sembap.. tapi saya kuatkan juga langkah, bangun awal-awal pagi, solat subuh then niat nak beri tahu wan(nenek) yang saya kena balik rumah secepat mungkin sebab kena sambung short sem.. ya, saya kena repeat.. :) hmm.. lepas bangun terus join wan tengok 'tanyalah ustaz'.. memang sejak duduk di kampung dengan wan dan atok, saya tak tidur dah lepas subuh, tapi memang kalau kita tak tidur lepas subuh rasa energetic sangat.. tu lah nikmat orang yang tak tidur pagi.. suka sangat suasana kampung.. then, lepas 'tanyalah ustaz' dah habis, saya pun mulakan bicara..

"wan, kita kena balik.." raut wajah wan sedikit terkejut..
"aik, kenapa pula?"

dalam hati saya, saya tahu yang wan susah nak lepaskan saya pergi sebab dia macam happy saya balik, mana-mana cucu dia balik pun dia akan happy, cuma maybe saya selalu teman dia tengok rancangan-rancangan agama, pergi kenduri, kemas rumah sama-sama, tu yang dia suka tu.. ada teman.. tapi, walau macam mana pun, saya kena balik juga.. lepas dah explain everything kat wan, wan pun redha.. dalam perjalanan balik tu macam-macam terlintas dalam fikiran, rasa malu, down, macam-macam lah.. tapi kata-kata ummi membuatkan saya kuat balik..

ummi cakap, kita rasa kita tahu apa yang terbaik untuk diri kita, sebab kononnya kita kenal sangat-sangat diri kita ni.. tapi the fact is, tuan kita yang lebih tahu tentang kita, Dia yang menciptakan kita, setiap apa yang terjadi semuanya dibawah pengetahuanNya.. Dialah Tuhan kita, yang menciptakan langit dan bumi, dan makhluk yang mungkin hanya 100000 kali ganda lebih besar dari zarah tapi lebih 100000000000 kali ganda lebih kecil dari matahari, itulah kita.. jadi, siapa yang lagi mengenali kita?? :) tentulah Dia.. hati berbunga riang.. ummi cakap lagi, jangan risau, usaha semampu boleh, Allah akan balas berdasarkan usaha kita.. kalau Allah dah redha, dengan hanya 'ku fayakun'Nya saja semua akan terjadi.. betulkan?? saaaayanng ummi.. ^^

lepas packing barang-barang, terus bertolak ke uia, hati dah redha dengan segala-galanya.. dah daftar untuk short sem, terus angkat barang masuk bilik.. bermulalah kehidupan baru saya.. dalam bilik baru ni, saya kenal ramai kawan yang baik-baik n akak-akak yang sporting.. makin hari kami makin rapat.. selalu solat jemaah sama-sama, jogging sama-sama, tidur ramai-ramai.. seronok sangat-sangat.. betullah apa yang alim- ulama' cakap, sahabat sejati adalah sahabat yang selalu mengingatkan kita untuk mendekati Allah.. urusan belajar kat sini pun makin mudah.. alhamdulillah.. :) perlahan-lahan sinar kebahagiaan mula muncul semula dalam hidup saya, gembira tak terkata.. inilah hikmahnya Allah tetapkan saya untuk ambil short sem, rupa-rupanya Dia nak pertemukan saya dengan insan-insan yang hebat-hebat kat sini..



rasa syukur sangat-sangat dalam hati ini.. mulai saat itu saya mula belajar untuk meredhai segala apa yang terjadi.. kerana disebalik kesabaran kita ni, ada ganjaran yang Maha besar menanti kita.. kita hanya perlu terus bermujahadah dan berjihad dengan apa yang kita lakukan.. insyaAllah.. yakinlah dengan Allah.. :)

Orang yang mempunyai senyuman yang paling  manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia mengucapkan "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman. 
(^_^)