Matahari mula membenamkan dirinya jauh ke ufuk barat. Samar-samar cahaya oren kemerahan mengagumkan pandangan orang-orang yang berfikir.
“Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda
(kekuasaan Allah) bagi orang yang memerhatikan tanda-tanda..”
-15:75-
Fikirannya melayang jauh kepada sebuah kenangan lama tika dia berusia lima belas tahun. Ketika itu dia adalah pelajar sebuah sekolah menengah kerajaan jauh di sebuah daerah Negeri Pahang, Kuala Lipis. Sudah menjadi kewajipan bagi rakyat Malaysia yang berumur sebaya dengannya untuk menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi menilai tahap prestasi mereka dalam subjek-subjek tertentu. Namun, perkara yang lebih merunsingkan tenaga pengajar pelajar PMR adalah masalah disiplin yang timbul selepas selesainya peperiksaan besar itu. Dia adalah antara pelajar yang mencatatkan rekod disiplin terburuk tahun itu.
“Weyh, kau ni janganlah buat bising! Kantoi karang nahas kita!” Bisik Hana keras.
“Bukan aku, minah ni yang kecoh sangat, kononnya hero sangat siang tadi, sekarang ni dia yang paling kecutnya!” marah tirah pada mas.
“Hehe.. Sorry lah, aku bukannya takut, Cuma nervous jer.” Balas Mas.
“hisy. Macam-macam lah kau orang ni, da cepat, kasi aku lighter! Sergah Hana.
Tergocoh-gocoh Mas mengeluarkan lighter yang disimpan di dalam poketnya. Rupa-rupanya, tanpa pengetahuan orang lain mereka mempunyai agenda besar malam itu. Usai sahaja kertas geografi siang tadi, mereka telah menerima satu paket mercun bola daripada Adli, kawan lelaki mereka. Bukan main kepalang gembiranya, kononnya dengan niat mahu meraikan kemerdekaan mereka daripada gelaran pelajar PMR, mereka membeli mercun tersebut sebanyak 100biji pada harga RM25. Mas terus menyalakan lighter manakala Hana membakar mercun begitu juga dengan Tirah. Masing-masing membakar 5biji mercun seorang. Kemudiannya, mereka terus membaling mercun-mercun tersebut kearah jalan di seberang asrama mereka. Serentak dengan itu, bunyi dentuman kuat menggegarkan asrama aspuri. Penghuni-penghuni yang sedang lalu-lalang di kaki lima asrama kelam-kabut mencari kelibat pelajar yang berani membuat onar itu. Namun, tanpa diketahui sesiapa Hana, Tirah dan Mas sudah merancang awal-awal untuk menyembunyikan diri di dalam bilik stor yang terdekat.
“Fuuhh. Selamat kita lari cepat tadi. Ketar kepala lutut aku time lari tadi! Rasa macam kena Parkinson pun ada. ” Ujar Tirah memecah kesunyian.
“Betul, aku pun dah takut dah tadi kalau-kalau ada orang nampak kita.” Balas Hana.
Mas pula hanya mendiamkan diri. Tiba-tiba sahaja dirinya diburu resah, dia dapat merasakan bahawa ada orang yang sedang memerhatikan tindak-tanduk mereka itu tadi.
“Kau kenapa Mas?” sapa Hana.
“Eh, aku ok jer. Cuma penat sikit.” Balas Mas cuba menutup resahnya. Baginya dia tidak mahu merisaukan kedua orang sahabat baiknya itu. ‘Ah,mungkin perasaan aku saja’ getus hatinya.
-bersambung-
No comments:
Post a Comment